UDM KAMPUS KOTA – Universiti Darul Iman sekali lagi merealisasikan impian penubuhan fakulti perubatan yang bertaraf tinggi di Malaysia dengan melancarkan Makmal Diseksi Anatomi pada 5 Mei 2009 di sini.



Majlis penyerahan kunci daripada kontraktor kepada Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, iaitu Profesor Dr. Ahmad Zubaidi Ab. Latif  berlangsung dengan jayanya.



Beliau yang berucap merasmikan majlis tersebut berterima kasih kepada pihak kontaktor yang telah menyiapkan bangunan itu dalam masa yang diperuntukkan selama sepuluh hari. Beliau juga berkata, pihak universiti telah menyediakan kemudahan yang kondusif untuk kemudahan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan yang akan bermula pada sesi Julai 2009/2010.



Antara fasiliti yang disediakan di sini adalah 5 buah troli mayat, 3 buah TV plasma 42 inci untuk tujuan demonstrasi, 9 buah komputer pelajar dengan akses internet dan kadaver.



Beliau turut berharap, Universiti Darul Iman bakal melahirkan para pengamal perubatan yang berkualiti setanding dengan universiti-universiti bertaraf dunia.




Ditulis oleh : Samhani

Cetak E-mel