Lawatan ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Penang serta Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, telah diadakan pada 5 hingga 8 April 2009. Program lawatan ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 6, Diploma Sains Kejururawatan dengan kerjasama Jabatan Sains Kejururawatan, FPSK, UDM. Seramai 50 orang pelajar Diploma Sains Kejururawatan semester 6 serta dua orang pengiring. Di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak penaja dengan pihak UDM, lawatan bertujuan membuka minda para pelajar mengenai kemudahan moden dan penyelidikan yang dijalankan di negara kita serta mendedahkan pelajar tentang keadaan sebenar bidang kejururawatan apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak . Pelajar – pelajar sempat melihat koleksi buku- buku perpustakaan muda ini yang dikatakan mencecah 20, 000 unit. Di makmal, pelajar diberi penerangan mengenai penyelidikan genome dan peralatan moden lain yang digunakan untuk membantu penyelidikan mengenai sesuatu penyakit. Rombongan kemudiannya dibawa melawat ke tapak projek pembinaan IPPT yang masih 20 peratus dalam pembinaan. Di Hospital Bahagia, Ulu Kinta para pelajar diberi pendedahan mengenai sistem perkhidmatan kesihatan mental yang diamalkan di negara kita. Di Bengkel Rehabilitasi, pesakit- pesakit yang telah stabil dilatih melakukan kemahiran contohnya menganyam dan menjahit.


Berita Oleh :Che Farrahdilla Hamzah

Print Email