Pada 23 Mei  2012 yang lalu, seramai 45 orang pelajar Tahun 2 dan Tahun 3 Program Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (UniSZA) buat julung kalinya telah menyertai “Aktiviti Mentor Mentee: Program Bumi Hijau dan Keceriaan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Batu Rakit, Kuala Terengganu. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan kesemua mentee dibawah mentor En. Mohd Adzim Khalili B. Rohin, En. Abbe Maleyki B. Mhd Jalil dan Pn. Norhayati Bt Abd Hadi.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah melukis mural, menceriakan PDK Batu Rakit, menanam pokok herba dan sayuran, membersihkan kawasan PDK Batu Rakit dan memasak bersama Ibu Bapa dan warga kerja PDK Batu Rakit.  Program ini telah dirasmikan oleh Prof Dr. Zabidah Ismail yang mewakili Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UniSZA dengan kehadiran Pengerusi PDK Batu Rakit, Tn Haji Abdul Razak Bin Awang dan Pegawai Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu, Tuan Haji Che Ayob Bin Othman.

Selain itu juga, program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (UniSZA), Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (UniSZA), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Pertanian Daerah Kuala Terengganu, Berita Harian dan Harian Sinar bagi menjayakan program ini.

Disediakan Oleh : MOHD ADZIM KHALILI BIN ROHIN

Print Email