KOTA BHARU- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM),Kubang Kerian, Kelantan pada 13 September 2012. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan gaya kerja dan sistem pentadbiran yang digunapakai oleh USM dari segi kualiti dan perancangan strategik. Di samping itu juga, lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan bilangan pensyarah “expatriate”, penggunaan fasiliti hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penyelarasan tugas staf pentadbiran Jabatan Perubatan dan Sains Kesihatan USM.

Lawatan ini telah dihadiri seramai 17 orang staf FPSK yang terdiri daripada penyelaras program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Penolong Pendaftar FPSK, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir dan juga Pembantu Am Pejabat FPSK.

Lawatan ini diharap dapat merangsang kemahiran staf pentadbiran agar lebih peka dan bermotivasi dalam menghadapi sebarang kekangan atau permasalahan yang timbul. Selain itu, lawatan ini juga dapat meningkatkan jaringan kerjasama di peringkat pentadbiran antara IPTA.

Disediakan oleh : Nora Bt. Ismail

Cetak E-mel