SEMINAR “CONTINUOUS MEDICAL EDUCATION (CME)”:

Seminar ini adalah kerjasama antara Program Radiografi UniSZA dan Malaysia Society of Radiographer (MSR) dan terbuka kepada semua pegawai perubatan, juru x-ray dan ahli fizik perubatan. Seminar ini telah dihadiri oleh 12 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Terdapat 5 slot ceramah yang merangkumi topik berkaitan dengan perkembangan terkini dalam bidang pengimejan perubatan termasuk Mamografi, CT Scan, MRI, PACS dan nanoteknologi. Slot pertama adalah pengisian dari Dr. Hasiza, pakar radiologi FPSK berkenaan Spectroscopy and Functional MRI. Slot kedua yang diampaikan oleh Applicant Specialist dari Syarikat Technology Medical Associate Sdn Bhd tentang Hologic Digital Breast Mammography manakala slot ketiga adalah tentang nanoteknologi yang telah disampaikan oleh Dr. Wan Nurdiana dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM. Dua slot terakhir disampaikan oleh juru x-ray wakil dari MSR berkaitan perkembangan terkini dalam bidang CT Scan dan juga PACS.

Pendekatan seminar ini adalah lebih kepada program pembelajaran secara berterusan. Secara keseluruhannya, seminar ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan berharap program sebegini bakal dilaksanakan lagi kelak agar semua tenaga pengajar mendapat pendedahan berterusan dalam bidang masing-masing.

Sumber Berita   Puan Adilla Hanim Bt. Aminordin Sabri
Gambar            Mohd Aiman B. Shukor

Cetak E-mel