8 April 2013 -  Program Diploma  Radiografi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah mengadakan satu lawatan akademik ke Jabatan Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Kulliyah Sains Kesihatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan bersempena dengan perancangan program untuk menawarkan ijazah sarjana muda didalam bidang pengimejan perubatan tidak lama lagi.

Lawatan ini melibatkan semua kakitangan Program Radiografi termasuklah pensyarah, pengajar, pegawai sains, juru-Xray dan juga pembantu makmal. Sepanjang tempoh lawatan pihak UIA dan UniSZA telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dari segi silibus program sehinggalah kepada penempatan klinikal pelajar dan fasiliti-fasiliti yang disediakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Lawatan sehari ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada semua kakitangan akan struktur kurikulum, fasiliti dan juga keperluan sumber manusia bagi melicinkan segala urusan didalam membentuk dan menawarkan program baru diperingkat ijazah.

Disediakan oleh: Nur Hamizah Mohd Zainudin

Print Email