Pada 5 Jun 2013 baru-baru ini, Program Dietetik di bawah Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK)  telah berjaya mengadakan  ‘Program Kitchen Opening Day’. Program ini diadakan bertujuan untuk menyempurnakan upacara  perasmian sempena pembukaan Makmal Penyediaan Makanan & Diet Terapeutik yang baru siap di Kampus Gong Badak, UniSZA. Program ini melibatkan seramai 20 orang staf FPSK, terutamanya staf program Dietetik dan jalinan kerjasama seramai 20 orang pelajar DECSA (Dietetic Students Association).

Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan Dapur Dietetik @ Makmal Penyediaan Makanan  & Diet Terapeutik kepada semua staf dan para pelajar di kampus Gong Badak. Selain itu, pelajar DECSA dapat mempromosikan pengambilan makanan sihat menerusi aktiviti ‘Demo  Masakan Sihat’ dan ‘Diet Talk’ yang bertajuk : ‘Did I Eat That?’ yang telah disampaikan oleh Pegawai Dietetik FPSK: En. Ibrahim b. Abdullah.

Upacara perasmian sempena pembukaan Dapur Dietetik ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar FPSK iaitu Dr. Salwani bt. Ismail dan terdapat beberapa orang dif-dif terhormat yang menghadiri program ini iaitu : Yang Berbahagia Mantan Dekan FPSK, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Zubaidi b. A. Latif, Yang Berusaha Mantan Dekan Fakulti Teknologi Makanan: Prof. Dr. Che Abdullah b. Abu Bakar dan wakil dari Pusat Islam : Ustaz Mohd Sabir b. Sabri. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran tetamu yang hadir dan diikuti dengan solat hajat dan bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Sabir b. Sabri. Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan aktiviti Demo Masakan sihat, Diet Talk, Kuiz, Cabutan bertuah, Tayangan Montaj Program Dietetik, acara Simbolik Perasmian Dapur Dietetik dan diakhiri dengan aktiviti lawatan Dapur. Semoga dengan adanya program ini, Makmal Penyediaan Makanan & Diet Terapeutik dapat dikenali oleh semua warga UniSZA Kampus Gong Badak.

Disediakan oleh: Noor Husna Bt. Zakaria

Print Email