Pada 10-12  Februari , Pusat Pengajian Pemakanan & Dietetik telah mengadakan bengkel semakan dan pemurnian kurikulum kali ke-3 untuk program ijazah sarjana muda Dietetik.Bengkel ini telah diadakan di UniSZA kampus Kota, Kuala Terengganu.

Program 3 hari ini telah menjemput  8 orang panel berpengalaman iaitu Prof. Dr. Norimah A. Karim (UKM), Prof. Dr. Suzana Shahar (UKM), Prof Madya Dr. Nik Mazlan Bin Mamat  (UIAM), Prof Madya Dr. Hasnah Binti Haron (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Nasir Bin Mohd Taib (UKM), Prof Madya Dr. Rosita Binti Jamaludin(UPM), Haji Mohamad Nadzri Bin Mohd Yusoff(UITM), dan Pn. Ramlah mewakili Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ untuk menyemak dan menambah baik kurikulum program sedia ada.

Pada hari pertama dan kedua, panel, pensyarah, dan pegawai dietetik telah dibahagikan kumpulan mengikut kepakaran masing-masing iaitu Dietetics, Nutrition, dan Food science. Sesi ‘review’  dan perbincangan dalam kumpulan initelah berlangsung selama dua hari.

Pada hari ketiga, sesi penggulungan telah dijalankan dengan menghimpunkan ketiga-tiga kumpulan. Majlis penutup telah disempurnakan dengan jayanya oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Prof. Dr. Nordin bin Simbak.Turut dihadiri Timbalan Dekan (Akademik & HEPA) Sains Kesihatan, ketua pusat, para pensyarah, dan pegawai dietetik.

Pihak fakulti dan pusat pengajian mengucapkan jutaan terima kasih buat kesemua kakitangan yang telah bertungkus-lumus menjayakan bengkel ini. Semoga usaha murni ini diberkati dan mendapat keredhaan Allah.

Disediakan oleh: Saifullah bin Osman

Print Email