DIPLOMA RADIOGRAFI

Usaha penawaran program Diploma Radiografi oleh UniSZA merupakan satu langkah yang amat bertepatan, memandangkan negara sekarang sedang mengalami kekurangan juru x-ray terlatih yang semakin serius, berikutan pertambahan hospital kerajaan mahupun swasta yang begitu pesat.

Atas kriteria ini UniSZA mengorak langkah dan mengambil kesempatan menawarkan Program Diploma Radiografi untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menyelesaikan masalah kekurangan juru x-ray terlatih yang dihadapi.

Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan dengan Diploma Radiografi oleh pihak UniSZA.Jangkamasa kursus bagi program ini ialah tiga tahun yang mana setiap tahun terdiri daripada dua semester. Setiap semester pengajian mengandungi 14 minggu pembelajaran. Tempoh minimum bagi menyempurnakan program ini ialah enam semester, manakala tempoh maksimum yang dibenarkan ialah sepuluh semester.

Objektif

Menyediakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Radiografi berteraskan Islam. Selepas lulus kursus Diploma Radiografi, para graduan dapat:

  1. Memberi perkhidmatan secara holistik dan selamat kepada individu, keluarga dan komuniti.
  2. Memberi perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pengetahuan, kemahiran, etika perubatan dan sikap prihatin.
  3. Menjalinkan hubungan melalui komunikasi yang berkesan antara pesakit, keluarga, komuniti dan rakan sekerja.Memberi pendidikan kesihatan kepada individu, keluarga dan komuniti serta menggalakkan mereka agar bertanggungjawab ke atas kesihatan diri sendiri.
  4. Menerapkan kemahiran pengurusan dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan jagaan kesihatan.
  5. Melibatkan diri sebagai seorang ahli pasukan kesihatan yang kompeten dalam pelbagai disiplin.
  6. Mewujudkan minat dan komitmen terhadap penyelidikan dan pengajian berterusan untuk perkembangan profesyen dan diri sendiri.

Hasil Pembelajaran Program

Di akhir program ini, graduan dapat:

  1. Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang radiografi perubatan dengan jayanya.
  2. Mempunyai tahap profesional yang tinggi, nilai-nilai murni, sikap dan tingkah laku yang beretika sejajar dengan kod etika dan profesionalisma.
  3. Mempunyai akauntabiliti sosial, bertanggungjawab dan menjaga kerahsiaan.
  4. Menguasai kemahiran teknikal dalam bidang radiografi termasuk teknologi maklumat.
  5. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan semangat kerja berpasukan.
  6. Berkebolehan mentafsir dan mengurus maklumat serta berupaya belajar sepanjang hayat.
  7. Mempunyai pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.
  8. Menguasai kemahiran mengurus dan keusahawanan.
  9. Mempunyai kemahiran kepemimpinan


Peluang Kerjaya

Peluang yang sangat cerah di sektor awam dan swasta menanti pelajar yang tamat pengajian Diploma Radiografi.Graduan berkelulusan Diploma Radiografi adalah sangat diperlukan di seluruh negara dan peluang kerjaya dalam bidang ini sangat memberangsangkan.Juru X-Ray diperlukan dalam pelbagai sektor termasuk hospital, klinik, dan industri.

Para graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian seperti memasuki program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sinaran Perubatan atau Radiologi, dan kursus-kursus peningkatan kecekapan demi meningkatkan tahap kecemerlangan kerjaya.


Keperluan Kemasukan

Kelayakan minimum bagi kemasukan ke program ini adalah seperti berikut:

Syarat Am Universiti

Mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu

Syarat Khas

  1. Mendapat kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran berikut :
  1. Mendapat satukepujian (Gred C) daripada mana-mana mata pelajaran selain di atas.
  2. Lulus (Gred D) Bahasa Inggeris.
  3. Tidak cacat anggota.


Struktur Pengajian

Tempoh minimum bagi menyempurnakan kursus ini adalah tiga tahun (enam semester) dan tempoh maksimum adalah lima tahun (sepuluh semester). Penyusunan mata pelajaran berasaskan integrasi antara teori dan amali membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran dari tahap mudah ke tahap yang lebih kompleks.Memandangkan latihan klinikal merupakan satu keperluan program ini, jadual penempatan latihan klinikal bagi kesemua tahap dirancang supaya tidak terdapat kesesakan pelajar dalam Jabatan Radiologi di setiap hospital bagi membenarkan pelajar mendapat pembelajaran dan pengalaman klinikal yang berkesan.Mata pelajaran yang ditawarkan terbahagi kepada:

  1. Sains Asas
  2. Sains Kesihatan
  3. Sains Pengimejan
  4. Sains Pengurusan
  5. Praktis Klinikal

Komponen kursus terdiri dari kuliah, tutorial, seminar, demonstrasi, sesi praktikal dan projek penyelidikan.Jumlah kredit akademik untuk keseluruhan program ialah 95. Bagi memastikan pelajar menjadi pengamal klinikal kompeten, Diploma tidak akan dianugerahkan melainkan pelajar telah selesai dengan jayanya semua penilaian praktis klinikal yang telah dijadualkan.

Memandangkan keperluan program Diploma Radiografi yang menilai kedua-dua komponen teori dan amali, sistem jam kredit diubahsuai seperti berikut:

14 jam syarahan / tutorial/seminar dalam satu semester = 1 jam kredit
42 jam demonstrasi / praktikal dalam satu semester = 1 jam kredit
2 minggu penempatan klinikal / amali = 1 jam kredit
( 1 minggu penempatan klinikal = 32 jam )
Keperluan kredit bagi penganugerahan Diploma = 94 kredit
Keperluan PNGK bagi penganugerahan Diploma= 2.0 ke atas

Print