Pada 27 April 2014, Pusat Pengajian PemakanandanDietetik, melalui Dietetic Students Association (DECSA) telah berjaya menganjurkan hari keluarga bertempat di Pantai Teluk Ketapang, Gong Badak, Terengganu.

Program ini diadakan selama setengah hari di sekitar Pantai Teluk Ketapang, Gong badak. Seramai 72 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik daripada tahun satu sehingga tahun tiga dan juga staf-staf pusat pengajian pemakanan dan dietetik terlibat menjayakan program ini. Antara yang memeriahkan aktiviti adalah Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa, Dr. Aryati binti Ahmad, Pn. Laila Ruwaida binti Zainuddin, Pn. Karimah Fakhriah binti Ismail, Cik Noramilin binti Shafie, dan En. Saifullah bin Osman.

Program ini merupakan salah satu program yang berunsurkan pembelajaran di luar kelas.Pengisian program ini memfokuskan aktiviti-aktiviti fizikal atau sukaneka yang melibatkan kedua-dua golongan iaitu pelajar dan juga staf dari Pusat Pengajian. Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan adalah jalan ketam, “fill the space”, bowling pantai, tisu mumia, cari coklat dalam tepung dan beberapa lagi aktiviti menarik. Selain itu, kemahiran insaniah yang cuba diterapkan dalam diri dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin demi memantapkan nama UniSZA di seluruh Malaysia.

Berdasarkan program yang dijalankan, terdapat beberapa impak positif yang dapat dicapai. Antaranya adalah dapat merealisasikan misi dan visi universiti untuk melahirkan mahasiswa/i UniSZA yang bersemangat tinggi dan membentuk modal insan cemerlang dari segi fizikal, spiritual dan sahsiah serta kompetitif disamping dihiasi sahsiah terpuji dan mahir “soft-skills”. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di antara pelajar dan staf Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik. Sehubungan itu, program ini mampu mendidik mahasiswa/i UniSZA menjadi insan yang bukan sahaja aktif dalam akademik malah turut aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan.

Dr. Sharifah Wajihah Wafa mencadangkan agar hari keluarga ini dilaksanakan setiap tahun kerana aktiviti ini dapat mengeratkan silatulrahim dalam kalangan pelajar dan staf dari Pusat Pengajian. Akhirnya, pihak fakulti dan pusat pengajian mengucapkan jutaan terima kasih buat kesemua para pelajar dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus menjayakan hari keluarga ini.

Semoga usaha murni ini diberkatid an mendapat keredhaan Allah.

Disediakanoleh: SyazwanibintiMansor (Setiausaha DECSA)

Editor: Saifullah bin Osman

Print Email