Bengkel semakan kurikulum dan silibus kali ke-2 bagi program Diploma Fisioterapi ini dijalankan sebagai tindakan susulan daripada lawatan MQA pada 17 – 19 Disember 2013 yang menyarankan penambahbaikan dilaksanakan sebelum pengambilan kohot seterusnya. Oleh itu, bengkel semakan ini telahdiadakan pada 11 hingga 15 Mei 2014 di Dewan Panca Delima, Pusat Seni dan Warisan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak.

Bengkel ini telah disertai oleh semua staf Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi dan dibantu oleh beberapa orang staf sokongan Jabatan Sains Kesihatan, FPSK. Panel-panel yang dijemput terdiri daripada Prof. Dr. Mohd Afandi Muhamad (UniSZA), Dr. Lakshmi Annamalai (UniSZA), Dr. Nor Azlin Mohd Nordin (UKM), Puan Kamaria Kamaruddin (UiTM), Puan Siti Esah Bahari (KSKB), En. Ahmad Fadhlinoor Marican (UniSZA), dan Cik Munayati Munajat (IIUM) bagi menyemak Program Educational Objectives (PEO), Program Learning Outcomes (PLO), struktur kurikulum, silibus kursus dan memberi pandangan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran program ke arah yang lebih efektif.

Selain semakan kurikulum dan silibus, bengkel ini juga menjadi salah satu platfom bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pendidikan dan sektor industri pelajar, mewujudkan jaringan hubungan dan kerjasama diantara UniSZA dan IPTA lain di samping mendapatkan pandangan daripada panel jemputan agar penilainan, kurikulum dan silibus adalah selari dengan perkembangan terkini bidang program Diploma Fisioterapi ini. Input yang diperoleh telah diterjemah ke dalam kurikulum dan silibus yang baru dibentuk dan diharapkan mampu meningkatkan prestasi graduan Diploma Fisioterapi UniSZA secara global.

Print Email