IMG 0560

Pada 28 MAC 2015 yang lalu, Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kelab Fisioterapi UniSZA (UPC) telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk "Body Motion Analysis" yang berlansung di MSNT, Gong Badak. Seramai 20 orang pelajar Diploma Fisioterapi telah terpilih untuk menghadiri bengkel ini yang bermula dari pukul 9 pagi. Di samping itu juga, bengkel ini turut disertai oleh 4 orang tenaga pengajar Diploma Fisioterapi. Bengkel in telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Encik Ibni Amin Busu. Dalam ucapannya, beliau telah berbesar hati untuk mengadakan lagi kerjasama dengan UniSZA amnya, dan UPC khususnya dalam program seperti ini. Beliau juga amat mengalu-alukan penglibatan secara lansung pelajar Fisioterapi di MSNT. Bengkel ini telah dimulakan dengan syarahan berkaitan "Performance Analysis" oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Bin Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, UniSZA. Selepas itu, bengkel ini diteruskan lagi oleh Rabiu' Muaz Musa, pelajar Master dalam bidang Sains Sukan, UniSZA. Beliau telah menerangkan berkaitan "Performance Analysis" dengan menggunakan perisian tablet. Bengkel ini berakhir pada pukul 5 petang.

Print Email