UniSZA Kampus Gong Badak (2 Julai 2015, Khamis) Kuala Nerus,

Fakulti Sains Kesihatan telah menganjurkan program penyediaan dan pengagihan bubur lambuk Ihya’ Ramadhan 2015. Program yang dirangka bagi merapatkan silaturahim dan semangat kerjasama antara staf fakulti. Sebagai sebuah fakulti yang baru di UniSZA, FSK ingin berperanan aktif dalam merangka program dan acara bagi mempromosikan UniSZA sebagai Universiti Komuniti.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Prof. Dr. Ab Fatah bin Ab Rahman. Turut hadir, Timbalan Dekan (Akademik dan Prasiswazah), Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), Timbalan Dekan (HEPA dan Jaringan), Profesor Kluster Sains Kesihatan, Ketua Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Ketua Pusat Diagnostik dan Bioperubatan, Ketua Pusat Sains Rehabilasi, pensyarah-pensyarah, clinical instructor, staf pentadbiran dan para pelajar program diploma Fakulti Sains Kesihatan.

Program selama satu hari ini telah mendapat penyertaan daripada semua staf Fakulti Sains Kesihatan dan pelajar program diploma FSK. Aktiviti memasak bubur lambuk ini dilakukan secara bergotong royong di Makmal Penyediaan Makanan dan Diet Terapeutik, Dewan Asma’, Fakulti Sains Kesihatan. Program ini telah Berjaya mencapai objektif dan akan menjadi program tahunan Ramadhan bagi Fakulti Sains Kesihatan di masa akan datang. Sebanyak 600 bungkus bubur lambuk dihasil dan diagihkan kepada pelajar FSK, pelajar UniSZA dan warga UniSZA.

 bubur5

bubur6bubur7bubur 11bubur8bubur9bubur13bubur1bubur3bubur4

Print Email