Satu program hari Keluarga anjuran Nutrition and Dietetic Students Association (NADSA), FSK telah diadakan pada 4 Februari 2017 bertempat di hadapan Makmal Penyediaan Makanan dan Diet Terapeutik, UniSZA.

Program yang dianjur bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) beserta MPP UniSZA bertujuan meningkatkan ikatan silaturahim dan ukhwah antara pelajar-pelajar tahun satu yang baru mendaftarkan diri pada bulan Ogos lepas dengan pelajar-pelajar tahun dua hingga tahun tiga bersama tenaga pengajar Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik.

Program yang  memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti fizikal dan sukaneka ini telah dirasmikan oleh Dekan FSK, Y. Brs. Prof. Dr. Sakinah bt Harith. Seramai 121 pelajar telah melibatkan diri dengan program ini.

Program ini diharap dapat melahirkan sifat pelajar yang bertanggungjawab dengan kemahiran kepimpinan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan yang telah dirancang dan ini dapat dilihat melalui bagaimana para pelajar bersama berusaha menyelesaikan setiap pengisian yang disediakan oleh pihak NADSA dalam program ini.

Cetak E-mel