IMG 20161214 WA0009Pada 17 Disember 2016, UniSZA Physiotherapy Club telah mengadakan program Physio Day yang bertemakan Physio, Fitness And Fun yang bertempat di Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia (PR1MA) Seberang Takir. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (PTNC, HEPA), Fakulti Sains Kesihatan dan PR1MA. Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Prof. Dr. Sakinah Binti Harith.

Physio Day adalah aktiviti tahunan bagi Program Diploma Fisioterapi. Ini merupakan tahun kedua Physio Day diadakan di luar komuniti UniSZA. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada orang ramai tentang peranan sebenar ahli fisioterapi dalam bidang perawatan kepada komuniti. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan program ini termasuk senamrobik, pameran & pemeriksaan kesihatan, ujian kecergasan, sukan rakyat dan cabutan bertuah. Program ini dijalankan dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Hasil daripada sambutan yang menggalakkan dari orang ramai, pihak penganjur berhasrat untuk meneruskan program ini pada masa akan datang.

 

  physio day 2016 b

Print