cpr 800                                                         

Pada 5 dan 6 februari 2017, Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan telah menganjurkan Kursus Asas   Pertolongan Cemas dan “Cardio Pulmonary Resuscitation” (CPR) untuk pelajar-pelajar Diploma Radiografi dan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan di Bilik Radiografi dan Makmal X-Ray, Kampus Perubatan.Objektif program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kepentingan pembelajaran tatacara dan peranan pertolongan cemas dan CPR serta memenuhi keperluan kursus Pengurusan Pesakit II.

Program ini turut memuatkan kombinasi ceramah berserta tanyangan slide oleh dua penceramah yang sememang pakar dalam bidang masing-masing iaitu Prof. Madya Dr. Nik Arif b. Nik Mohamed dan Dr. Nik Ahmad Shaiffudin b. Nik Him, penceramah dari Fakulti Perubatan, UniSZA. Selain itu juga, demonstrasi praktikal turut dimuatkan dalam program ini dan dikendalikan dan dinilai oleh penolong pegawai perubatan dari Pusat Kesihatan Pelajar, UniSZA dan panel jemputan dari Persatuan Resusitasi Terengganu yang terdiri daripada pakar perubatan UD54, pegawai perubatan U48 dan penolong pegawai perubatan. Secara keseluruhannya, program yang telah dijalankan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan semua pelajar telah lulus dalam ujian teori dan praktikal yang diadakan.

 

                          cpr 2 800       cpr 17 800      cpr 2017 800

 

 

 

Print Email