IMG 20170125 WA0007 800

 

              Pada 24 dan 25 januari 2017, satu bengkel semakan dan pemurniaan kurikulum Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat blok Hafsah. Bengkel tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menyemak balik kurikulum yang diguna pakai sekarang dan membuat penambahbaikan pada kurikulum tersebut selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
             Antara perkara yang dibincangkan ialah garis panduan yang ditetapkan oleh MQA, cara pengiraan iCGPA, panduan penulisan akademik serta amalan latihan industri. Seramai 3 orang panel luar yang dijemput iaitu Hj. Mohd Nazri bin Mohd Yusof, Prof. Madya Dr. Mohd Shafie Abdullah dan Prof. Dr. Kanaga Kumari Chelliah.

 

                                            IMG 20170226 WA0000 800       IMG 20170226 WA00012 800

 

 

 

 

 

 

 

Print Email