Pada 17 Februari 2017 yang lalu , para pelajar dan pensyarah dari Program Diploma Fisioterapi UniSZA telah mengadakan program ‘Family Day Physioterapy 2017’ bertempat di Pantai Kemasik,Kemaman,Terengganu.

Program ini berjalan dengan lancar atas kerjasama UniSZA Physiotherapy Club dan Fakulti Sains Kesihatan . Program ini dijalankan sehari ini bermula pukul 9 pagi. Banyak aktiviti yang diadakan seperti permainan ‘ jakjaklon’, ‘pitpitlon’ dan ‘linglinglon’. BBQ bersama pelajar dan pensyarah turut diadakan.

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah di samping dapat melakukan aktiviti fizikal bersama.  Selain itu, program tahunan ini dapat membina dan memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan bersatu hati,di kalangan pelajar dan pensyarah. Program ini tamat pada pukul 4 petang.

fisio

physio

bbq

Cetak E-mel