pic 1 400 400 Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) telah menganjurkan program Hari Interaksi Intervarsiti Pelajar Pemakanan Dan Dietetik IPT 2017di kampus Gong Badak dari 3 Mac 2017 (Jumaat) hingga 4 Mac 2017 (Sabtu). Antara universiti-universiti yang melibatkan diri dalam program ini merupakan UPM, UKM, USM, UiTM, UiAM dan MSU. Tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan persaudaraan dan meningkatkan persefahaman antara pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dari universiti yang berbeza.


Pendaftaran peserta telah dijalankan di Foyer Asrama dari pukul 9:00 pagi hingga 11:00 pagi pada 3 mac 2017 (Jumaat). Program ini bermula pada pukul 12:00 tengahari dengan sesi suai kenal antara peserta di Dewan Perdana. Sesi ini bertujuan untuk membolehkan para peserta mengenali satu sama lain dengan semangat setia kawan dan saling menghormati sesame peserta-peserta. Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada pelajar dari universiti berbeza.


Aktiviti berkumpulan juga diterapkan dalam program Hari Interaksi Intervasiti supaya para peserta dapat membuat persediaan dari segi fizikal dan mental serta menjadikan seorang yang lebih kreatif dan berinovatif dalam menghadapi dalam pelbagai cabaran dalam kehidupan. Terdapat empat aktiviti berkumpulan yang dijalakan serentak dari pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang. Antaranya ialah aktiviti pertandingan memasak, pertandingan sukan futsal, aktiviti Paper House dan aktiviti Station Games. Peserta-peserta dalam setiap kumpulan telah dibahagikan untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Semua peserta telah berganding bahu demi memperoleh markah untuk kumpulan mereka masing-masing.
Pada pukul 8:30 malam, aktiviti pertandingan persembahan antara kumpulan yang bertemakan “Satu Malaysia” telah dijalankan di Dewan Kuliah Utama. Pengadil pertandingan persembahan adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Kesihatan UNiSZA. Para peserta telah menyediakan persembahan yang kreatif, menarik dan bersesuaian dengan tema yang ditetapkan masing-masing. Aktiviti tersebut telah tamat pada pukul 10:30 malam.

pic 2
Pada 4 Mac 2017 (Sabtu), satu forum yang bertajuk “Entrepreneurship of Future Dieticians and Nutritionists” telah dilancarkan di Dewan Kuliah Utama pada pukul 9:00 pagi. Terdapat tiga orang ahli professional telah dijemput untuk menghadiri forum tersebut sebagai ahli panel. Antaranya ialah Prof. Norimah A. Karimyang merupakan wakil NSM, Dr. Zulfitri’ Azuan bin Mat Daud yang merupakan wakil MDA, dan Cik Chin Yi Ying yang merupakan seorang ahli keusahawanan Say Diet Kelantan Delights. Forum tersebut amat memanfaatkan peserta-peserta kerana forum tersebut mendedahkan pelajar mengenai prospek dan peluang kerjaya terutama dalam bidang pemakanan dan dietetik. Forum tersebut telah memakan masa selama dua jam.

pic 3
Majlis penutupan program Hari Interaksi Intervarsiti telah dijalankan pada pukul 12:00 tengahari dan dirasmikan oleh Prof. Sakinah Harith, dekan Fakulti Sains Kesihatan UNiSZA. Majlis penyampaian hadiah juga dijalankan untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada peserta-peserta. Sesi fotografi juga dijalankan pada akhir program tersebut.

 

Cetak E-mel