Pada 21 Mac 2017, satu pembentangan projek tahun akhir telah diadakan di Dewan Auditorium Perpustakaan. Pembentangan ini dilakukan oleh pelajar tahun akhir program diploma radiografi sebagai tugasan terakhir dalam menyiapkan projek tahun akhir mereka. Pembentangan ini telah dilakukan oleh tiga kumpulan yang mempunyai tajuk berbeza mengenai bidang x-ray dan teknologi x-ray yang terkini.

                            Pelajar-pelajar radiografi yang lain juga dijemput untuk memberi sokongan dan pendapat mengenai projek tahun akhir senior mereka. Penilaian telah dibuat oleh pensyarah dan pengajar pusat pengimejan perubatan dan kumpulan serta pembentang terbaik dipilih bagi menghargai usaha mereka dalam menyiapkan tugasan ini.

                          

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cetak E-mel