Program Warga Sihat 2009 (Wellness) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 12hb April hingga 16 April 2009 di UDM Kampus Kota. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Abd Manaf bin Ali pada 12hb April manakala penutupnya telah dilaksanakan oleh Dato’ Prof. Dr. Alias bin Daud pada 16hb. April 2009. Peserta dipilih secara rawak mudah terdiri daripada 73 orang warga UDM yang berusia 35 tahun ke atas dan 10 orang pelajar.

 

Tujuan program ini adalah untuk membuat penilaian status kesihatan melibatkan ujian darah (hemoglobin, glukosa darah, profail lipid, ujian fungsi hepar, ujian fungsi renal) ujian kecergasan (YMCA, partial curl up, push up, sit and reach) ,pemeriksaan gigi dan tekanan darah serta pemeriksaan fizikal (penilaian komposisi tubuh). Acara senamrobik turut diadakan pada hari akhir program.

 

Ceramah yang penuh berinformasi disampaikan oleh Dr. Nordin bin Simbak (Kecederaan akibat sukan), Dr. Nizam bin Abd Ghani (Menangani Stress Di Tempat Kerja) dan Pn.Kartini (Diet Untuk Mencegah Penyakit Kardiovaskular). Sebelum bersurai, peserta telah dikejutkan dengan cabutan bertuah dan hadiah untuk pemenang kuiz kesihatan.



Dr. Yusmina M. Yusof

 

Print Email