Lawatan ke Pusat Penyelidikan Perubatan, Pusat Darah Negara serta PPUM, Kuala Lumpur telah diadakan pada 30 hingga 31 Januari 2009 melibatkan 29 orang pelajar Program Teknologi Makmal Perubatan Tahun 3 serta 10 orang staf yang terdiri daripada pensyarah, pegawai sains serta kakitangan sokongan. Di Kolej Teknologi Makmal Perubatan IMR, pelajar diberi pendedahan dari segi peluang kerjaya JTMP serta suasana pembelajaran untuk sesi amali pelajar. Di samping berpeluang menderma darah di Pusat Darah Negara, pelajar diberi peluang melawat makmal inventori, makmal platlet dan sebagainya. Pelajar turut sama mempelajari teknik penyimpanan darah tali pusat bayi menggunakan peralatan yang canggih dan sistem kualiti yang mencapai tahap antarabangsa, iaitu Bioachive system, Thermogenesis 3626. Darah tali pusat bayi kaya dengan sumber yang dipanggil 'sel stem' dan ia memberi harapan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti barah, masalah darah dan sistem imun badan. Manakala di PPUM, pelajar diberi pendedahan mengenai suasana kerjaya sebagai JTMP di makmal Mikrobiologi, Patologi, Sitologi, Imunogenomik & Transplantasi, Biokimia, memahami suasana pembelajaran pelajar DTMP serta lawatan ke Muzium Anatomi.

Galeri

Suwaibah AH

Cetak E-mel