Pada 28 dan 29 januari 2019, Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan telah mengadakan Kursus Asas Pertolongan Cemas dan “Cardio Pulmonary Resuscitation” (Cpr) bertempat di Dewan Teater Kampus Perubatan UniSZA. Kursus ini telah dihadiri oleh 69 orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dan Diploma Radiografi.
Kursus ini diadakan bertujuan memenuhi keperluan dan mencapai hasil pembelajaran program bagi kursus Patient Care in Radiography II (DBR 11602) dan Patient Care in Radiography II (DBP 10702). Kursus ini adalah sangat penting untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang sains kesihatan tentang tatacara pertolongan cemas dan prosedur melakukan CPR yang betul kepada pesakit. Kursus intensif selama dua hari ini juga akan mendedahkan para peserta tentang asas-asas teori dan praktis amalan pertolongan cemas.
Kursus CPR ini telah dikendalikan oleh UniSZA Medical Services Sdn Bhd (UMSSB) iaitu anak syarikat UniSZA Holding Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Sultan Zainal Abidin. Kombinasi ceramah berserta tayangan slide dan demontrasi praktikal bertujuan untuk memantapkan pemahaman pelajar terhadap topik-topik yang dipelajari. Di akhir kursus ini pelajar akan menjalani ujian teori secara bertulis dan ujian amali CPR untuk menilai keupayaan pelajar.

 

a b 

e c d 

Cetak E-mel

Pelajar Diploma Fisioterapi Tahun 2 Sem 4 akan mengadakan Program Komuniti Bersama Warga Felda Chalok Barat pada 15-16 Februari 2019 nanti. Banyak aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung di Felda Chalok Barat seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, ujian fizikal, pameran dan aktiviti sukan dan permainan. Selain itu, program anak angkat juga akan diadakan di mana para pelajar akan ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing. Oleh itu, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi program ini. 

banner health promotion

Cetak E-mel

YPKT, UniSZA jalani kajian pemakanan atlet sukan angkat berat

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menjalankan kajian pemakanan terhadap atlet sukan angkat berat Terengganu.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata perjanjian itu bagi tempoh dua tahun bermula Disember tahun ini sehingga 2020 dengan kos permulaan RM60,000 bagi membangunkan produk makanan atlet iaitu 'Energy Bar' yang akan diambil sebagai makanan tambahan.

Beliau berkata melalui perjanjian itu, seramai 40 atlet angkat berat Terengganu (kumpulan sasar) yang akan bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) Johor pada 2020 akan diberikan formulasi tersebut bagi mengawal berat badan dan meningkatkan stamina sehingga ke peringkat maksimum.

"Aspek pemakanan adalah faktor penting yang menentukan kecemerlangan atlet dan perlu dititik berat bagi memastikan atlet dapat mencapai tahap prestasi tertinggi.

"Di UniSZA kami mempunyai kepakaran dalam bidang sains kesihatan dan pemakanan yang dapat membantu atlet memperbaiki dan mengatur sistem pemakanan dengan lebih baik melalui pengambilan Energy Bar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Meraikan Atlet Angkat Berat Sukma Perak Ke-19 dan Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu, di sini malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Ahmad Zubaidi berkata seramai 10 penyelidik daripada pelbagai bidang termasuk diabetik, fisioterapi dan bio perubatan bertanggungjawab menghasilkan formulasi Energy Bar yang telah pun siap dan akan mula diagih kepada atlet pada Januari depan.

Beliau berkata selepas agihan, penyelidik akan mendapatkan maklum balas daripada atlet mengenai rasa, kuantiti dan tahap kekenyangan selepas pengambilan produk tersebut dan akan diteruskan ke fasa kedua bagi kajian lebih terperinci seperti pengambilan sampel darah untuk ujian dan sebagainya.

"Selepas tempoh tiga bulan pertama fasa pertama yang bermula Januari, kami akan pergi ke fasa kedua iaitu selepas bulan puasa bagi melihat kesan Energy Bar itu.

"Pada fasa kedua inilah kami akan membuat penilaian mengenai kesan jangka panjang produk tersebut kepada prestasi atlet dengan melihat kepada proses sistesis protein dalam badan," katanya.

Selain itu, beliau berkata oleh kerana kajian berkenaan melibatkan kepakaran dalam bidang perubatan dan farmasi, ia juga dapat mengelak masalah kehadiran bahan terlarang dalam makanan tambahan yang membawa kepada isu doping dalam kalangan atlet.

Sementara itu, Wan Sukairi berkata kajian tersebut diharap dapat meningkatkan prestasi atlet sukan angkat berat yang ketika ini menduduki tempat ke-11 dalam senarai acara sukan penyumbang pingat Sukma Terengganu.

Beliau berkata dengan pemantauan sistematik dan berkesan dari UniSZA serta jurulatih, pihaknya yakin prestasi atlet dapat ditingkatkan sekali gus mencapai sasaran lima pingat emas, enam perak dan tujuh gangsa dalam sukan angkat berat pada Sukma 2020 di Johor nanti.

"Pada Sukma 2018, Terengganu memperoleh dua pingat emas, tiga pingat perak dan tujuh gangsa selepas satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa ditarik balik disebabkan isu doping.

"Namun kami amat berbangga kerana atlet Muhammad Darul Najmi Dollah berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 69 kilogram Clean and Jerk lelaki dengan bebanan 164 kilogram pada kejohanan tersebut sekali gus memadamkan rekod lama yang dicipta saudara Hafifi Mansor iaitu 163 kilogram," katanya.

-- BERNAMA

WhatsApp Image 2018 12 30 at 8.23.35 AM WhatsApp Image 2018 12 30 at 8.23.41 AM 

WhatsApp Image 2018 12 30 at 8.23.51 AM WhatsApp Image 2018 12 30 at 8.23.59 AM 

WhatsApp Image 2018 12 30 at 8.24.05 AM

Cetak E-mel

DATARAN DATUK PENDEKAR, KAMPUNG BANGGOL TOK ESAH, MANIR TERENGGANU PADA 29 SEPTEMBER 2018

Program *Go Green Go Health* ini adalah merupakan hasil kerjasama daripada gabungan dua kelab dari dua universiti yang berbeza iaitu, Diagnostic Students Association(DIAGSA) dari Pusat Pengajian Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UniSZA dan Hevotech dari UMT, bagi memenuhi tuntutan sosial mereka khususnya dalam memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat.
Pelbagai program telah dijalankan seperti :-
1. Khidmat derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma
2. Pelbagai pameran seperti pertanian, ikan, pameran kesihatan, pertunjukan pertolongan cemas dan macam2 lagi.
3. Senamrobik
4. Pelbagai pertandingan dan permainan sukaneka
5. Pelbagai jenis jualan yang disediakan.
6. Kami juga menyediakan ceramah-ceramah kesihatan dan pertanian untuk penduduk

gggh1 gggh2 gggh3 gggh4

Cetak E-mel

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Sakinah, Dekan FSK dan Cik Holifa, Pensyarah Bioperubatan, FSK kerana telah memenangi pingat gangsa di 29th International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2018 (ITEX 2018) pada 10-12 Mei 2018. Penyertaan ini adalah unjuran dari kemenangan pingat emas mereka berdua di Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018. Pihak UniSZA telah mengumpul sebanyak 5 Emas, 8 Perak dan 7 Gangsa di ITEX 2018. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para peserta

WhatsApp Image 2018 05 11 at 7.14.05 PM WhatsApp Image 2018 05 11 at 7.14.17 PM

WhatsApp Image 2018 05 11 at 8.03.27 PM WhatsApp Image 2018 05 11 at 8.03.34 PM

Cetak E-mel

Artikel Lagi...