Pada 24 Julai 2019, Program Diploma Fisioterapi dengan kerjasama Pejabat Timbalan Canselor Hal Ehwal dan Alumni dan Fakulti Sains Kesihatan akan mengadakan program Physio Day 2019 di SMK Kompleks Gong Badak. Program bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Banyak aktiviti yang disediakan. Sama-sama kita memeriahkannya. 

photo 2019 07 23 12 04 27

Cetak E-mel

Bengkel Pemurnian Geran Penyelidikan

Selaras dengan matlamat UniSZA ke arah MYRA 5 bintang, Pihak FSK akan menganjurkan sebuah bengkel pemurnian geran penyelidikan. Bengkel selama dua hari ini akan diadakan pada 11 Mac 2019 (Isnin) bagi Sesi I dan 12 Mac 2019 (Selasa) bagi Sesi II. Sasaran adalah daripada pensyarah FSK.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap geran yang akan dimohon pada tahun 2019 terutamanya geran FRGS dan LRGS serta TRGS yang bakal dibuka dalam sedikit masa lagi. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk membantu peserta bagaimana untuk mambangunkan geran penyelidikan yang berimpak tinggi sekaligus meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan geran KPM.

Tentatif Bengkel adalah seperti berikut

Sesi I: Geran Penyelidikan Berasaskan Makmal (Lab-Based Research)

11 Mac 2019 (Isnin)
8:30 pagi – 4:00 petang.
Makmal Pusat Teknologi Maklumat (Blok A)
Sesi II: Geran Penyelidikan Berasaskan Komuniti (Community-Based Research)

12 Mac 2019 (Selasa)
8:30 pagi – 4:00 petang.
Makmal Pusat Teknologi Maklumat (Blok A)

Cetak E-mel

banner physio day 2018

UniSZA Physiotherapy Club (UPC) akan mengadakan program Physio Day 2018 di Uitm Chendering, Kuala Terengganu pada 8 Disember 2018 (Sabtu). Penganjuran Physio Day pada kali ini merupakan tahun ke-4 diadakan di peringkat komuniti. Objektif penganjuran ini diadakan di UiTM adalah untuk memperkenalkan Program Diploma Fisioterapi di sana disamping menjalin kerjasama dengan pihak UiTM Chendering. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi informasi dan pengetahuan kepada warga UiTM berkaitan perawatan fisioterapi, jenis-jenis penyakit yang boleh dirawat melalui fisioterapi dan penjagaan kesihatan yang betul. Pelbagai aktiviti yang disediakan kepada peserta seperti ujian kecergasan dan kesihatan, ujian antropometri, booth pameran dan sukaneka.  

Cetak E-mel

Go Green Go Health 2018

Pada 29 SEPTEMBER 2018 (sabtu), Persatuan Pelajar Diagnostik ( Diagsa ) akan berkolaborasi dengan salah satu kelab di bawah Universiti Malaysia Terengganu ( Hevotech ) akan menjayakan satu program iaitu Go Green Go Health yang memfokuskan kepada komuniti di Kg Banggol Tok Esah, Manir Terengganu.

Aktiviti yang bakal dijalankan adalah:

  1. Khidmat derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
  2. Jualan makanan disediakan.
  3. Pameran seperti pertanian, ikan, pameran kesihatan dan pertunjukan pertolongan cemas
  4. Pertandingan dan permainan yang menarik seperti bola beracun, belon air, mewarna, tarik tali, gubahan barangan recycle dan macam-macam lagi.
  5. Ceramah-ceramah yang pastinya akan menarik minat penduduk setempat.

Semua dijemput hadir

Cetak E-mel

Artikel Lagi...