FSK News

 

FSK@Komuniti : Program“KHIDMAT MASYARAKAT DAN AMAL ANTARABANGSA” di Madrasah Tahfiz Al-Quran Bustanul Jannah, Maahad Darul Maarif, dan Maahad Al Bi’Sat Ad-Diniyah, Selatan Thailand

 
Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UniSZA telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat dan Amal Antarabangsa di Thailand yang melibatkan 4 buah daerah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla pada 23-25 Julai 2022. Program ini diketuai oleh Dr. Napisah binti Hussin (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bersama Dekan Fakulti Sains Kesihatan iaitu Prof. Dr. Sakinah binti Harith dan empat (4) pensyarah sebagai pengiring. Program ini juga melibatkan 10 orang pelajar FSK.
 
Program ini telah berjaya mencapai objektif iaitu mengukuhkan hubungan dua hala antara UniSZA serta Pusat Pendidikan di Selatan Thailand serta menyalurkan khidmat komuniti.
 
Progaram ini juga turut memuatkan lawatan dan jaringan awal penyelidikan bersama Institute of Peace Studies, Prince Songkhla University.
 
Program FSK@Komuniti bersesuaian dengan slogan ‘Humanity Should be our race, love should be our relegion’.