Lawatan kolaborasi ke Pusat Rehabilitasi PERKESO, Kuala Terengganu
Pada 13 September 2022 (Selasa), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah
mengadakan satu lawatan kolaborasi ke Pusat Rehabilitasi PERKESO,
Kuala Terengganu. Lawatan ini dihadiri oleh empat (4) orang staf FSK
iaitu Prof. Madya Dr. Aryati binti Ahmad selaku Timbalan Dekan
(Penyelidikan & Pembangunan), theme leader Functional Health iaitu
Dr. Naresh Bhaskar Raj, theme leader Natural Products and Functional
Food iaitu Dr. Abbe Maleyki bin Mhd. Jalil serta pensyarah fisioterapi
iaitu Miss Lee Whan Zhen. Di antara objektif lawatan ini ialah untuk
menjalinkan hubungan rapat bersama komuniti dan industri untuk tujuan
mengetahui permasalahan pesakit serta komuniti di pusat rehabilitasi
bagi mencari solusi melalui penyelidikan dan inovasi.