UniSZA JALIN KERJASAMA INDUSTRI DENGAN ALS TECHNICHEM (M) SDN. BHD. 18 Januari 2023

IMG 7918

Pada 18 Januari 2023 | Kuala Nerus.

UniSZA telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama ALS Technichem (M) Sdn. Bhd. bertempat di Kampus Gong Badak hari ini. UniSZA yang diwakili oleh Fakulti Sains Kesihatan (FSK) bakal menjalankan kerjasama dalam bentuk pertukaran penerbitan, laporan dan maklumat akademik serta perkongsian aktiviti dan program bersama pihak ALS MALAYSIA.

Bagi pihak UniSZA, MoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan Ybrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar). Bagi Pihak ALS MALAYSIA pula, MoU tersebut ditandatangani oleh YBr. Dr. Chin Teen Teen (Pengurus Besar) dan YBrs. Yap Chen Loon (Pengurus Perniagaan Teknikal)