Pusat pengajian Sains Rehabilitasi (PPSR), Fakulti Sains Kesihatan, UniSZA dengan kerjasama UniSZA Physiotherapy Club (UPC) dengan jayanya telah mengadakan satu program yang diberi nama 'Be Fit Be Healthy". Program ini telah dijalankan pada 12 Januari 2017 bertempat di Dewan Gemilang, UniSZA.

Program berteraskan komuniti ini telah dikendalikan oleh pelajar tahun dua diploma Fisioterapi bagi melayakkan mereka lulus subjek Isu Khas Dalam Fisioterapi I (HJS1122), subjek teras di dalam program diploma Fisioterapi yang diambil oleh pelajar tahun dua.

Program yang mensasarkan komuniti kakitangan serta pelajar UniSZA  ini bertujuan mendedahkan mereka dengan pengetahuan mengenai obesiti seperti punca, kesan dan cara mengatasinya seperti melalui pemakanan sihat dan juga senaman.

Tujuan lain program ini dilaksanakan juga adalah untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada umum tentang peranan sebenar fisioterapi dalam bidang kesihatan dan komuniti. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan, kepimpinan dan insaniah kepada para pelajar serta melatih pelajar untuk berorganisasi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Senamrobik yang diketuai oleh UPCAT,ujian kecergasan, sesi ceramah dan Fitness games.

bfbh2017 a

bfbh2017 b

Print Email