Pada 9 dan 10 April 2017, satu bengkel semakan dan pemurniaan kurikulum Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat blok Hafsah. Bengkel tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menyemak balik kurikulum program ijazah sarjana muda pengimejan perubatan yang diguna pakai sekarang dan membuat penambahbaikan pada kurikulum tersebut selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
             Antara perkara yang dibincangkan ialah garis panduan yang ditetapkan oleh MQA, permurnian kurikulum ijazah sarjana muda pengimejan perubatan dan sebagainya.Seramai 4 orang panel luar yang dijemput iaitu Dr. Zainul Ibrahim bin Zainuddin, Dr. Muhammad Hanafiah bin Shamsudin, Prof Wan Ahmad Kamil bin Wan Abdullah dan Tuan Haji Daud bin Ismail.

 

                                    

 

Print Email