MoU UDM-Kementerian Kesihatan Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2009 – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), UDM baru-baru ini.


Majlis menandatangani memorandum persefahaman yang berlangsung di Kuala Lumpur menyaksikan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Kolej Universiti MAHSA dan Management and Science University (MSU) memeterai perjanjian antara mereka dengan KKM serentak.

MoU antara UDM dan KKM telah ditandangani oleh Naib Canselor UDM, Dato’ Profesor Dr Alias bin Daud dan Dekan FPSK, Prof. Dr Ahmad Zubaidi bin A. Latif serta Ketia Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Dato’ Sri Dr Mohd Nasir bin Mohd Ashraf dan Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kementerian Malaysia, Dato' Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Dengan termeterainya MoU ini bermakna UDM mendapat kerjasama daripada KKM dan dibenarkan mengguna hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan di seluruh Negeri Terengganu terutamanya Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Teregganu, untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan perubatan di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di universiti ini.