Program Cakna Strok Bersama Komuniti

Program Cakna Strok bersama komuniti adalah sebuah program anjuran pelajar - pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) UniSZA. Program yang menggunakan kaedah secara interaktif akan turut disertai oleh pesakit strok dan penjaga di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir.

Program ini akan dijalan kan bertujuan meningkatkan ilmu dan sikap mengenai strok dalam kalangan pesakit strok dan penjaga di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir. Program ini juga bertujuan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran penjagaan diridan kesihatan dalam kalangan pesakit strok dan penjaga di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir. Ia juga diharapkan agar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kelangsungan hayat dalam kalangan pesakit strok dan penjaga di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir.

Prggram ini akan dijalankan pada 11 Jun 2017 (Ahad) bertempat di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir. Dijangka sebanyak 100 orang peserta yang terdiri daripadapesakit strok dan penjaga di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir.

strok

 

 

Print Email