pic 2

Pada 24 Julai 2017 yang lalu, pelajar tahun 3 Program Diploma Fisioterapi telah menganjurkan program Care for Your Back 2017 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal (SKTJ), Kuala Nerus. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada Fakulti Sains Kesihatan dan pihak SKTJ. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Sains Kesihatan, Dr. Suffian bin Mohamad Tajudin. Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar khususnya pelajar sekolah rendah untuk menjaga kesihatan tulang belakang. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar sekolah rendah tentang masalah skoliosis di kalangan pelajar. Program ini turut disertai oleh tenaga pengajar dan staf Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi. Program ini dijalankan pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

picpic 3

Print Email