IMG 20170822 WA0005Pada 1-2 Julai 2017 yang lalu, Encik Deivendran Kalirathinam telah dianugerahkan sebagai "The Best Paper" di 42nd International Scientific Conference on Sport, Medical and Health Sciences yang telah berlansung di Hotel Grand Pacific, Singapura. Beliau merupakan salah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi. Artikel yang bertajuk, "The Consequences of Neuromuscular Training on Electromyography Activity of Lateral Compartment Muscles after Ankle Lateral Ligament Injury in Athletes" telah membolehkan beliau memenangi anugerah tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga dengan kejayaan tersebut dapat memberi inspirasi kepada kita semua.

award

Print Email