Program Dietitian Bersama Warga Emas

Sempena sambutan Hari Dietitian Peringkat negeri Terengganu 2017, Fakulti Sains Kesihatan akan menganjurkan Program Dietitian bersama Warga Emas. Program yang bertajuk Bengkel Diet & Healthy Shopping kana diadakan di Giant Hypermarket, Gong Badak pada 21 September 2017. Program ini dijangka akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Program yang melibatkan warga emas  ini akan dimulakan dengan aktiviti senaman pagi dan dituruti dengan aktiviti Healthy Shopping. Program penyediaan menu sihat juga akan diadakan. Disamping itu, satu forum bertajuk Penjagaan Holistik Warga Emas yang akan disempurnakan oleh pakar - pakar dari UniSZA dan HSNZ akan diadakan.

FSK Warga Emas 

Print Email

Video FSK