UniSZA Physiotherapy Club (UPC) akan mengadakan program Physio Day 2017 bersama atlet negeri Terengganu pada Sabtu bersamaan 9 Disember 2017. Program yang akan diadakan di stadium tertutup komples sukan negeri Terengganu itu akan menerima penyertaan seramai 200 orang atlet dari pelbagai sukan. Program tahunan UPC khususnya dan Fakulti Sains Kesihatan amnya menerima kerjasama dari pelbagai pihak seperti Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) dan Majis Sukan Negeri Terengganu (MSNT). Program ini diluluskan sepenuhnya oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA. Banyak aktiviti yang disediakan antaranya ceramah, ujian fizikal dkecergasan, pameran dan kuiz.

banner editted

Print Email