LAPORAN PERSIDANGAN PEGAWAI SAINS KEBANGSAAN 2009

Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan buat julung-julung kalinya diadakan pada 1-3 Disember 2009 bertempat di Klana Resort, Seremban anjuran pihak Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dan telah dirasmikan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhun Tuanku Ja’afar.

Dengan bertemakan ‘Perkhidmatan Sains Berkualiti Teras Teknologi Terkini’ sejajar dengan saranan kerajaan yang mahukan pembangunan sains dan teknologi negara, semua pegawai sains dari seluruh institusi dan badan perkhidmatan awam telah berkumpul disitu sambil bertukar pendapat dan berbincang mengenai perkhidmatan sains khususnya di universiti bagi memantapkan lagi kerjaya tersebut. Pihak fakulti perubatan dan sains kesihatan, UDM telah menghantar 5 orang wakil pegawai sains yang terdiri daripada Pn Asiah, Nor Farhanah, Nursharul Aman, Mohamad Fazari dan Ng Yean Kai ke persidangan tersebut bertujuan memberikan pendedahan mengenai laluan kerjaya, perincian tugasan dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam profesion ini.

Sepanjang persidangan ini berlangsung, banyak aspek telah dibincangkan antaranya Halatuju dan Peranan Pegawai Sains dalam Mendukung Dasar Kerajaan, Peranan Pegawai Sains dalam Pengurusan Makmal, dan Cabaran Pegawai Sains Dulu, Kini dan Masa Hadapan. Hasil daripada persidangan tersebut, semua wakil pegawai sains yang hadir telah sedikit sebanyak dapat merealisasikan dan memenuhi keperluan dalam menghadapi cabaran mencapai kecemerlangan universiti.