Satu bengkel akan diadakan oleh Pusat Pengajian Bioperubatan iaitu bengkel penstrukturan/semakan semula kurikulum program Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan program Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan bagi tujuan iGOT di Fakulti Sains Kesihatan (FSK).

Bengkel yang akan diadakan selama dua hari iaitu pada 16 Januari 2018 dan 17 Januari 2018 bertujuan:

  1. Menstruktur dan menyemak semula kurikulum program DTMP dan ISM Bioperubatan untuk penstrukturan iGOT.
  2. Memantapkan kandungan kursus yang ditawarkan.
  3. Menimba maklumat panel luar sebelum melaksanakan iGOT.
  4. Memantapkan soalan-soalan peperiksaan bagi program DTMP dan ISM Bioperubatan

 

Print Email