17 Feb. Satu bengkel penstrukturan semula kurikulum program ijazah dan diploma telah dijalankan di bawah Pusat Pengajian Bioperubatan. Di antara tujuan bengkel ini adalah untuk:

  1. Menstruktur dan menyemak semula kurikulum program DTMP dan ISM Bioperubatan untuk penstrukturan iGOT.
  2. Memantapkan kandungan kursus yang ditawarkan.
  3. Menimba maklumat panel luar sebelum melaksanakan iGOT, dan
  4. Memantapkan soalan-soalan peperiksaan bagi program DTMP dan ISM Bioperubatan.

Bengkel selama dua hari yang dipengerusikan oleh Panel MQA Dato' Profesor Dr. Hj. Jamaludin Hj. Mohamed daripada UKM ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya dan berharap kursus - kursus akan dapat dimantapkan bagi merealisasikan hasrat UniSZA untuk melaksanakan iGOT.

IMG 20180116 160650 IMG 20180117 093931 IMG 20180117 120108  WhatsApp Image 2018 02 08 at 11.24.21 AM 

WhatsApp Image 2018 02 08 at 11.25.13 AM 

Print Email

Video FSK