Tahniah diucapkn kepada kesemua atlet pelajar FSK yang telah menyertai & berjuang di Sukan Institut Pendidikan Tinggi  (SUKIPT) yang telah diadakan dari 2 Februari hingga 10 Februari 2018 di UKM, Bangi. FSK  telah diwakili oleh 6 pelajar  yang terdiri daripada 4 pelajar Diploma Radiografi, seorang pelajar ISM Pemakanan dan seorang pelajar ISM Dietetik.  Bagi pungutan pingat, UniSZA telah meraih tempat ke-7 dengan pingat terkumpul sebanyak 23 pingat iaitu 9 pingat Emas, 5 pingat Perak dan 9 pingat Gangsa. Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudari Iman Aishah Bt Norazam (Diploma Radiografi) kerana telah berjaya menjadi Robinhood UniSZA dengan meraih 2 pingat dalam acara memanah iaitu Compound women qualification round - pingat Gangsa dan Compound women team - pingat Perak.

WhatsApp Image 2018 02 08 at 5.38.34 PM1

WhatsApp Image 2018 02 08 at 5.38.39 PM WhatsApp Image 2018 02 08 at 5.38.44 PM WhatsApp Image 2018 02 08 at 5.38.54 PM

Print Email

Video FSK