Program Women of Inspiration 2018 telah diadakan dengan jayanya pada 4 Januari 2018 yang lalu bertempat di Dewan Seminar, Aqel UniSZA. Program ini telah dianjurkan oleh pelajar Diploma Fisioterapi semester 4 dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Fakulti Sains Kesihatan. Program yang bertemakan 'Inspirasi, Dedikasi & Inspirasi' ini telah dirasmikan oleh  Dr. Suffian Bin Mohamad Tajuddin selaku Timbalan Dekan HEPA, FSK. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para wanita tentang peranan ahli fisioterapi dalam perawatan dan proses rehabilitasi masalah kesihatan wanita. Selain itu, program ini dapat dijadikan medium untuk para pelajar mempraktikkan hasil pembelajan yang diperolehi di dalam kuliah ke situasi realiti dalam skop perawatan fisioterapi. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta dan penganjur. Program yang bermula pada jam 8 pagi telah berakhir pada jam 2 petang. 

IMG 20180522 WA0069 IMG 20180522 WA0068

Print Email