Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi (PPSR) dan pelajar tahun 1 semester 1 2018/2019 dengan kerjasama UniSZA Physiotherapy Club (UPC) telah mengadakan majlis hari raya pada 10 Julai 2018 yang lepas. Majlis yang bertempat di makmal terapeutik, Blok D ini bermula pada jam 12 tengah hari dan berakhir pada jam 3 petang. Majlis disambut dengan meriah dengan kehadiran semua staf PPSR dan pelajar. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Penasihat UPC, Cik Norzulaika Binti Alias. Kemudian, para hadirin menjamu selera dengan pelbagai juadah disediakan sambil diselangi dengan sesi bergambar antara staf dan pelajar. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI KAMI WARGA PUSAT PENGAJIAN SAINS REHABILITASI

IMG 20180710 WA0046

 

 

Print