Program Diploma Fisioterapi dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan telah mengadakan satu program rehabilitasi bersama warga emas pada 19 Julai yang lalu di Dewan Sivik Bukit Tunggal, Kuala Nerus. Program yang mengangkat tema ' A Step Toward Healthy Ageing' dianjurkan oleh pelajar Diploma Fisioterapi semester 5 tahun akhir di bawah seliaan staf Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi. Objektif program adalah untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada warga emas tentang peranan fisioterapi dalam perawatan dan rehabilitasi. Seramai 58 orang warga emas dari Bukit Tunggal terlibat dengan program ini. Program dimulakan pada jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran, health screening test, konsultasi dan senamrobik. Kemudian, program diteruskan lagi dengan ceramah dan aktiviti fizikal yang dikendalikan oleh para pelajar. Program berakhir pada jam 1 petang. Semoga program ini dapat diteruskan dan dapat memberi manfaat kepada para pelajar, staf dan masyarakat sekeliling.gambar 1 gambar 4

                                                 gamabr 3

Print