Pada 26 Julai 2018 (Khamis) yang lalu, Program Diploma Fisioterapi telah mengadakan Program Pemantapan Jati Diri dan Jalinan Kasih yang bertempat di Scoutt Inn Resort, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara para staf dan pelajar, memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar serta mengenali pelajar baru ambila 2018/2019. Seramai 92 peserta termasuk pelajar dan staf terlibat dalam program ini yang bermula jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para peserta seperti sukaneka, team bulding, games dan ice breaking. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi bergambar. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk manfaat para pelajar dan staf.

   pic 1     pic 5

                                                             pic 4

 

 

Print Email