White coat Ceremony 2018

Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan akan mengadakan‘White Coat Ceremony’ untuk pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) FSK 2018 bagi mempersiap para pelajar sebelum memasuki latihan klinikal.

‘White Coat Ceremony’ ini akan melibatkan beberapa slot taklimat penempatan klinikal yang turut menitikberat etika dan perspektif profesional bagi memperkasa kompetensi pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) FSK. Majlis ini bertujuan memberi penerangan terperinci kepada pelajar mengenai jadual dan penempatan latihan klinikal, mendedahkan pelajar tentang persediaan diri dengan pengetahuan asas, memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan menggalakkan kemahiran aplikasi ilmu teori kepada praktikal dan mengingatkan pelajar mengenai peraturan-peraturan dan disiplin diri yang perlu ditekankan sebelum memulakan latihan klinikal.

Majlis ini akan diadakan pada 1 Oktober 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Teater, UniSZA Kampus Perubatan

Print Email

Video FSK