Go Green Go Health 2018

Pada 29 SEPTEMBER 2018 (sabtu), Persatuan Pelajar Diagnostik ( Diagsa ) akan berkolaborasi dengan salah satu kelab di bawah Universiti Malaysia Terengganu ( Hevotech ) akan menjayakan satu program iaitu Go Green Go Health yang memfokuskan kepada komuniti di Kg Banggol Tok Esah, Manir Terengganu.

Aktiviti yang bakal dijalankan adalah:

  1. Khidmat derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
  2. Jualan makanan disediakan.
  3. Pameran seperti pertanian, ikan, pameran kesihatan dan pertunjukan pertolongan cemas
  4. Pertandingan dan permainan yang menarik seperti bola beracun, belon air, mewarna, tarik tali, gubahan barangan recycle dan macam-macam lagi.
  5. Ceramah-ceramah yang pastinya akan menarik minat penduduk setempat.

Semua dijemput hadir

Print Email

Video FSK