banner physio day 2018

UniSZA Physiotherapy Club (UPC) akan mengadakan program Physio Day 2018 di Uitm Chendering, Kuala Terengganu pada 8 Disember 2018 (Sabtu). Penganjuran Physio Day pada kali ini merupakan tahun ke-4 diadakan di peringkat komuniti. Objektif penganjuran ini diadakan di UiTM adalah untuk memperkenalkan Program Diploma Fisioterapi di sana disamping menjalin kerjasama dengan pihak UiTM Chendering. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi informasi dan pengetahuan kepada warga UiTM berkaitan perawatan fisioterapi, jenis-jenis penyakit yang boleh dirawat melalui fisioterapi dan penjagaan kesihatan yang betul. Pelbagai aktiviti yang disediakan kepada peserta seperti ujian kecergasan dan kesihatan, ujian antropometri, booth pameran dan sukaneka.  

Print Email

Video FSK