UniSZA Physiotherapy Club (UPC) telah menganjurkan program Physio Day 2018 yang bertempat di UiTM cawangan Terengganu pada 8 Disember yang lalu. Program yang mengangkat tema "Move Your Body, Sharpen Your Mind" ini bertujuan untuk memperkenalkan bidang fisioterapi kepada penuntut di UiTM. Di samping itu, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan antara UPC dengan persatuan dari IPTA yang lain. Banyak aktiviti yang disusun untuk pengunjung seperti senamrobik, pameran dan pemeriksaan kesihatan, ceramah dan sukaneka. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Haziq Bin Mohamed, Penasihat Persatuan Program Siswa Sihat  (PROSIS). Semoga aktiviti seperti dapat diteruskan lagi untuk manfaat semua pihak. 

photo 2018 12 09 20 22 27

Print Email