Pada 28 dan 29 januari 2019, Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan telah mengadakan Kursus Asas Pertolongan Cemas dan “Cardio Pulmonary Resuscitation” (Cpr) bertempat di Dewan Teater Kampus Perubatan UniSZA. Kursus ini telah dihadiri oleh 69 orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dan Diploma Radiografi.
Kursus ini diadakan bertujuan memenuhi keperluan dan mencapai hasil pembelajaran program bagi kursus Patient Care in Radiography II (DBR 11602) dan Patient Care in Radiography II (DBP 10702). Kursus ini adalah sangat penting untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang sains kesihatan tentang tatacara pertolongan cemas dan prosedur melakukan CPR yang betul kepada pesakit. Kursus intensif selama dua hari ini juga akan mendedahkan para peserta tentang asas-asas teori dan praktis amalan pertolongan cemas.
Kursus CPR ini telah dikendalikan oleh UniSZA Medical Services Sdn Bhd (UMSSB) iaitu anak syarikat UniSZA Holding Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Sultan Zainal Abidin. Kombinasi ceramah berserta tayangan slide dan demontrasi praktikal bertujuan untuk memantapkan pemahaman pelajar terhadap topik-topik yang dipelajari. Di akhir kursus ini pelajar akan menjalani ujian teori secara bertulis dan ujian amali CPR untuk menilai keupayaan pelajar.

 

a b 

e c d 

Cetak