Bengkel Pemurnian Geran Penyelidikan

Selaras dengan matlamat UniSZA ke arah MYRA 5 bintang, Pihak FSK akan menganjurkan sebuah bengkel pemurnian geran penyelidikan. Bengkel selama dua hari ini akan diadakan pada 11 Mac 2019 (Isnin) bagi Sesi I dan 12 Mac 2019 (Selasa) bagi Sesi II. Sasaran adalah daripada pensyarah FSK.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap geran yang akan dimohon pada tahun 2019 terutamanya geran FRGS dan LRGS serta TRGS yang bakal dibuka dalam sedikit masa lagi. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk membantu peserta bagaimana untuk mambangunkan geran penyelidikan yang berimpak tinggi sekaligus meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan geran KPM.

Tentatif Bengkel adalah seperti berikut

Sesi I: Geran Penyelidikan Berasaskan Makmal (Lab-Based Research)

11 Mac 2019 (Isnin)
8:30 pagi – 4:00 petang.
Makmal Pusat Teknologi Maklumat (Blok A)
Sesi II: Geran Penyelidikan Berasaskan Komuniti (Community-Based Research)

12 Mac 2019 (Selasa)
8:30 pagi – 4:00 petang.
Makmal Pusat Teknologi Maklumat (Blok A)

Cetak E-mel