Pada 14-16 Februari yang lalu, Program Diploma Fisioterapi dengan kerjasama UniSZA Physiotherapy Club (UPC), Fakulti Sains Kesihatan, dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah menganjurkan satu Health Promotion Program 2019 di Felda Chalok Barat, Setiu. Program yang mengangkat tema 'Cegoh Molek Lagi Pada Berobak' ini telah dianjurkan oleh pelajar tahun 2 dengan seliaan para staf fisioterapi. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang penyakit kronik yang dihidapi oleh penduduk di felda tersebut melalui home visit. Contoh penyakit adalah kencing manis, darah tinggi dan serangan angin ahmar. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengasah skil komunikasi pelajar dengan pesakit. Para pelajar telah ditempatkan bersama dengan keluarga angkat masing-masing sepanjang program ini berlansung. Banyak aktiviti yang telah disediakan untuk peserta seperti senamrobik, sukaneka, ceramah dan ujian kesihatan dan kecergasan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

rr     pp   qq

zz    cc  

Print Email